Archive for April, 2009

Raudhatus Sakinah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah blog Raudhatus Sakinah ini berjaya diwujudkan. Ianya akan kami jadikan tempat untuk kami berkongsi pengalaman menangani remaja yang tersasar dari jalan sebenar kehidupan sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa bersama mereka.

Semoga pengalaman-pengalaman ini menjadi tauladan dan panduan kepada kita semua. Kami bukanlah manusia yang sempurna. Kami akan terus cuba dan mencuba lagi untuk membimbing mereka. Adakalanya kami sendiri jatuh terduduk mengenang kan tindakan mereka. Namun kami akan bangun semula dan akan terus bersama mereka.

Ya Allah berilah kami kekuatan dalam menunaikan amanah ini.

Ya Allah terimalah taubat mereka.

Masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan khidmat kami. Bantulah kami membantu mereka….