Archive for August, 2009

Mini sukaneka RS PP

Isi air dalam botol

Isi air dalam botol

Tanggal 1 Ogos 2009 telah diadakan Ukhwah Riadah di antara pelatih-pelatih Raudhatus Pulau Pinang. Dengan bertemakan Qalbun Mawaddah, aktiviti diadakan di perkarangan RSPP dengan melibatkan semua penghuni Raudhatus Sakinah. Tujuan diadakan sukaneka ini antara lainnya adalah untuk merapatkan tali silaturahim antara pelatih-pelatih RSPP serta memupuk semangat bekerjasama serta sikap bertolak ansur dalam setiap perkara.

Menariknya aktiviti riadhah ini disusun dan diselaraskan sendiri oleh pelatih-pelatih RSPP yang bertindak membentuk ahli jawatankuasa. Antara aktiviti riadhah yang di jalankan ialah:

1. Isi air dalam botol
2. Cari gula-gula dalam tepung
3. Tiup belon
4. Muzikal Chair
5. Lari susun bata
6. Taji ayam
7. Terompah tempurung
8. Berdiri atas surat khabar
9. Pancing botol
10. Bowling kelapa

Berdiri atas surat khabar

Berdiri atas surat khabar


Semua penghuni mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Kegembiraan jelas terpancar pada setiap wajah pelatih walaupun berada dalam kepenatan. Setiap kumpulan mempamerkan kreativiti tersendiri untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira 12 tengahari. Johan di menangi oleh penghuni bilik Aishah Al-Humaira’ dan naib johan pula di sandang oleh penghuni bilik Fatimah Az-Zahra’.

Warden RSPP

Advertisements

Khidmat Masyarakat Sek Men Teknik Kulim

Sebelum Gotong Royong

Semasa Gotong Royong

Raudhatus Sakinah Pulau Pinang telah menerima kunjungan pelajar dari Sek Men Teknik Kulim pada hari ahad, 2 Ogos yang lalu. Tiga orang pelajar putera, 9 orang pelajar puteri tingkatan empat dan dua orang guru pengiring telah terlibat dalam program ini.

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti anjuran Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan sekolah tersebut.

Rombongan tiba jam 9.30 pagi. Pelajar lelaki telah dibawa ke rumah RS yang lama dan mengambil pokok bunga di sana. Ketika ini pelajar perempuan membersihkan kawasan sekeliling rumah RS baru. Rumah ini baru dihuni dalam sebulan yang lalu. Jadi banyak kerja-kerja pembersihan yang perlu dilakukan.

Mereka kemudian bergotong-royong menanam pokok-pokok bunga di kawasan hadapan rumah. Walaupun nampak senang, namun ia mengambil masa. Kerja-kerja ini menjadi mudah dan cepat apabila dilakukan beramai-ramai.

Guru pengiring wanita telah mengambil kesempatan untuk berkongsi petua dan tips yang beliau gunakan untuk mendidik anak-anak beliau seramai 7 orang. Tiga orang daripada mereka telah menjadi hafiz manakala selebihnya masih dalam program tahfiz. Banyak nasihat telah diturunkan kepada pelatih RS PP. Antara lain ialah kekuatan diri untuk berubah dan terus istiqamah. Beliau juga menyebut tentang kepentingan menjaga sumber makanan.

Selesai Gotong Royong

Selesai Gotong Royong


Gotong-royong ini tamat pada jam 12 tengahari. Pihak RS PP mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pengiring dan pelajar-pelajar Sek Men Teknik Kulim atas kesudian mereka melapangkan masa membersihkan RS PP.

Laporan
Inayah Isa
Pengurus RSPP

Gambar-gambar dalam galeri