Novel Cinta

Koleksi cerita teladan anak-anak RS

“Anak saya suka baca novel cinta. Novel-novel tu tebal-tebal, puan.” ujar seorang ibu dalam satu sesi pertemuan baru-baru ini.

“Novel macamana tu.” kutanya ibu tersebut.

“Saya cuba baca sebuah novel tu. Naik geli geleman dibuatnya.” katanya lagi

“Jalan ceritanya macamana? Boleh puan kongsikan” aku bertanya kembali.

“Macam cerita depa la. Mula-mula berkawan. Lepas keluar dating, mula yang ringan-ringan. Lepas tu berzina. Gugurkan anak sampai dua, tiga kali. Hujung cerita mereka berkahwin dan hidup bahagia.” malu-malu ibu tersebut membuat sinopsis sebuah buku. Suaminya ada di sebelah beliau.

“Anak saya rajin beli buku. Dia tak sabar-sabar ke kedai buku kalau ada novel baru berada di pasaran. Dia akan meminjam dari perpustakaan kalau tidak berjaya membeli buku tersebut.” sambungnya lagi.

Sukar digambarkan perasaanku ketika itu. Tidak kusangka novel-novel yang ada di pasaran sekarang begitu dahsyat jalan ceritanya. Aku cuma bayangkan cerita-cerita kekasih terpisah kerana halangan keluarga, cerita adanya orang ketiga dalam suatu hubungan dan seumpamanya.

Bayangkanlah sekiranya sorang gadis remaja yang membaca sepuluh buah novel yang seperti di atas. Jiwanya penuh dengan khayalan cinta sebegini. Apabila seorang jejaka idamannya hadir menabur cinta dan janji manis, secara spontan dia akan cuba menghidupkan jalan cerita yang berada di alam khayalan.

Wahai bapa-bapa, wahai ibu-ibu. Mohon sekali-sekala jenguk-jenguklah rak buku anak-anak kalian. Si gadis manis kalian tentunya berasa gembira dan teruja sekiranya ayah cuba mengambil tahu apa yang dibacanya. Gunakan bulan Ramadhan ini untuk bersama-sama dengan gadis-gadis cilik kalian. Di luar bulan Ramadhan,kebanyakan hari ayah akan balik di waktu malam. Si ayah pasti akan cuba meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan berbuka dengan ahli keluarga. Gunakan masa-masa yang ada untuk mendekati mereka.

Inayah

4 responses to this post.

  1. Posted by Rohana on December 30, 2010 at 10:44

    salam…saya suka baca novel yang mengisahkan kehidupan yang bersandarkan pada agama islam…harap lahir lg ramai penulis yang dapat menghasilkan karya sebegini…

    Reply

  2. Posted by jannah on November 8, 2010 at 20:20

    salam.
    saya peminat novel jugak. dari kecil sampai sekarang. ada satu ketika saya berhenti baca novel kerana cerita dalam novel mengarut, kisah yang sama dan tak membina. tapi Alhamdulillah sekarang sudah banyak novel-novel islamik yang mengajak pada jalan kebenaran. meski pun novel itu berdasarkan cinta tetapi cara penulisan dan penceritaan dikawal oleh pihak editor supaya masih islamik, tiada unsur-unsur ganas atau lucah.
    remaja perlu didedahkan dengan novel2 sebegini.
    terima kasih

    Reply

  3. novel juga adalah saatu medium dakwah yang berkesan. ramai penulis masuk ke penjara kerana penulisana mereka yang tajam…

    Reply

  4. memang masyarakat kita perlukan pedoman. ianya sudah menjadi seperti si buta kehilangan tongkat…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: