Kebejatan sosial??

Kisah yang saya korek dari seorang remaja yang hamil luar nikah. Berbelit-belit ceritanya. Perasaan marah saya sudah hilang setelah beberapa lama bersama anak-anak sebegini, saya lebih kasihan mendengar kisah mereka.

Anak ini seorang pelajar IPT, berkawan dengan seorang lelaki,R, yang sudah bekerja. Hujung minggu dihabiskan di rumah kawan lelaki ini. Ibu menyangka dia berada di asrama. Talipon.. siapa juga boleh berkata’ “saya di asrama mak. Banyak kerja perlu disiapkan. Minggu ini saya tak balik rumah”.Itulah yang berlaku buat beberapa ketika.

Tiada apa yang baru dengan kisah di atas. Banyak kes RS sebegitu….

R tinggal bersama dengan kakaknya sekeluarga. Mereka tahu dia berada di sana dan tidak kisah pun apa yang gadis tadi lakukan bersama teman lelakinya. Berada di ruang tamu atau di dalam bilik tiada yang ambil peduli!

Di rumah itu juga tinggal seorang lagi anak gadis berusia 15 tahun, S. S pula mangsa keruntuhan rumahtangga ibu bapanya, lalu menumpang kasih pada anak muda,Y, yang merupakan anak saudara kepada R. Kini sudah dua orang anak lahir dari perkongsian hidup tanpa nikah dengan Y. Kenapa mereka tidak berkahwin sahaja? Ibu Y,iaitu kakak R memang tidak ambil peduli.

Y tidak memiliki kad pengenalan walaupun sudah berusia lebih 20 tahun. Dan atas alasan itulah yang digunakan untuk tidak berkahwin..”tak ada IC” Betul juga ya, macamana hendak bernikah jika tiada kad pengenalan!!

Buntu dibuatnya. Inilah angkara apabila orang tua tidak memainkan peranannya dengan betul.

Ayuh sahabat-sahabat sekalian. Marilah bersama-sama memikul tanggungjawab ini. Bimbinglah anak-anak di sekeliling kita. Jenguklah anak-anak saudara kita.

Sesungguhnya amat pedih azab dari Allah. Kita mohon perlindungan dariNya.

Inayah
18032011

3 responses to this post.

  1. teruskanlah kerja amal anda. IM pun pening dengan anak IM yang sorang ni. satu demi satu ujian..

    di satu sudut lain, ujian ini mendekatkan kita dengan Tuhan disamping mendekatkan kita dengan masyarakat yang bermasalah.

    Reply

    • Posted by NA on March 31, 2011 at 02:56

      Sabar ya akhi..mohon doa pada ALLAH dan teruskan bergantung harap padanya. saya pun berstatus anak kepada kedua orang tua. Pening juga diri ini untuk istiqamah dalam amal, akhlak dll. Sama2 kita doakan dan berusaha!!

      Reply

  2. Posted by NA on March 19, 2011 at 02:34

    Semoga ALLAH merahmati dan memberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama menggembleng tenaga, idea, keperihatinan, kasih sayang demi menyelamatkan anak-anak kita (semua).

    Petikan:
    “Ayuh sahabat-sahabat sekalian. Marilah bersama-sama memikul tanggungjawab ini. Bimbinglah anak-anak di sekeliling kita. Jenguklah anak-anak saudara kita”

    InsyaALLAH…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: